Saturday, May 30, 2009

Brickfields

Setelah apa yang telah aku lalui,
di pagi hingga tengah malam
selama berhari-hari hingga bertahun-tahun
untuk mencetuskan apa yang engkau-engkau mahukan...

kini aku terpaksa angkat kaki,
untuk meninggalkan kerusi,
untuk meninggalkan kuasa,
untuk diberikan kepada kamu - seperti mana yang dirancang.

Selamat Tinggal Brickfiels
akan aku berjumpa lag.

Saturday, May 23, 2009

tukang 'lap' air mata

Berturut-turut tiga hari,dia muncul dengan tangisan.

Dan aku sibodoh, menjadi mangsa - memujuk, hingga tiada sendu.

''Tabah, sabar, dugaan,'' pujuku berulang kali.

Dia memeluku, dan aku rasa gugup, satu tahun lama tidak seperti ini.

Lalu dia dengan harapan dikatanya,''jangan tinggalkan aku lagi.''

Aku tenung. Lalu berkata, ''ya, mungkin untuk hari ini.''

Dia senyum gembira. Gembira amat sangat.

Hari ini dan semalam, entah mana dia menghilang - kelibat tidak wujud.

Dengan begitu tenang, aku berkata kepada peneman malam setiaku - patung hijau Shreek, ''Inilah manusia.''

Tuesday, May 19, 2009

Hati 2

Ada
seribu
hati
pada
satu
manusia.

bagaimana
kita
mahu
mencari
satu
hati
yang
paling
suci?

Monday, May 18, 2009

Mukadimah

kembali berblog - tidak aktif

Friday, May 15, 2009

Hati

i love you, kata nya
u 2, jawab ku.

maaf - mungkin aku mampu buatkan hati kamu cair, begitu juga aku - mudah jatuh cinta. Tapi, bisakah aku luahkan cinta agong pada kamu?

belum sampai masanya, sayang!

Wednesday, May 13, 2009

PRemmmmmpit

Lajulah
laju
kamu
si
pembonceng
melencong
terus
menuju
kejayaan.

jangan
dihirau
dengan
kata
sampah
dari
mereka
yang
cemburu.

kita
hidup
dalam
dunia
yang
sama.

teruskan
berjuang,
teruskan
melencong!

Stalker

Kamu
tak
tahu
yang
aku
sentiasa
memerhati
kamu.

ada
kala
aku
mau
luahkan
untuk
isi
hati
kamu

tapi
perlukah
aku
bermimpi?

----

Perasaan?

Dia
datang
tidak
dijemput.

Dan
tidak
mau
pulang.

mungkin
kerana
lrt
sudah
tamat
perkhidmatan

atau

mau
terus
menetap
terus
dalam
perasaan

atau

hanya
mau
tumpang
bermalam
sampai
pagi
esok
hingga
lrt
tiba?

(mau
saja
aku
kata
jangan
pulang)

---

Hati yang Kaca

Khabarnya,
hati kamu telah berkecai?

boleh aku kutip serpihanya?

untuk aku cantumkan semula
dan letakan ditempat asalnya?

Kuat

aku
lelaki
yang
mahu
jadi
kuat
tanpa
sebarang
rasa
kecewa

mampu
aku
hidup
tanpa
kamu?