Tuesday, November 23, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Aku mahu kekal - pasca ulang tahun pertama.
Dia datang dengan tiba-tiba, tanpa aku berpaling terus aku memilih. Dia untuk terus jadi teman. Bukan seperti yang biasa, yang paling istimewa.
Aku tahu, kesabaran dia punya maha hebat, tapi ada had.
Lebih kurang sebulan lagi, aku mahu tunjukan dia, yang aku juga mampu lebih power dari lelaki lain.
I lebiu el
Hanya yu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, August 12, 2010
sudah pasti
Friday, June 25, 2010
Thursday, June 3, 2010
selamat malam dan babai
Pagi ini aku dapat email dari editor. Antara isi kandunganya; please submit before 01 June.
Hari ini, 02 Jun 2010. Mungkin katanya perlu hantar sebelum 01 June 2011. Aku senyum. Ini perkara biasa. Kejar atau kena tinggal tarikh.
Sampai sekarang aku masih belum pandai bezakan, deathline atau dateline. Atau bunyi antara dua ni sama?
Tapi aku rasa 'death or date' line ni adalah benda yang menyusahkan aku. Sebabnya, sebelum sampai 'line', maksud aku beberapa hari sebelumya, telefon/email aku akan sibuk.
Dari sub editor, editor dan kadangkala tukang cari kesalahan ejaan pun sibuk ganggu aku.
Aku kembali ke tugasan menulis sepenuh masa. Buat masa ni, khidmat aku digunakan oleh dua editorial. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Kalau tak kais tak makan.
Dalam keadaan aku sekarang, selepas aku keluar dari rumah keluarga, hidup aku serba tak kena. Yala. Aku mula kembali hidup aku sebagai anak jawa-bugis yang indipenden.
Hidup ada naik turun. Ya, banyak benda aku lepaskan demi kejar sesuatu. Tapi yang aku kejar tu terus berlari tanpa menoleh siapa yang mengejar.
Tu silap aku, fokus untuk mengejar. Sehingga tercicir pelbagai peluang.
Dan bila yang da dapat apa yang dikejar, ianya tidak seperti dan seindah yang dikejar dahulu. Aku perlu kerja lebih keras untuk menunggu.
Ya, kadang-kala penat, tapi apa daya, ini jalan yang aku pilih.
Soal kerja.
Bila aku mula, aku akan terus. Ya terus, aku tak berhenti kalau gagal. Aku akan terus. Aku akan sabar. Walau seorang diri aku harus cekal.
Kerana apa yang aku belajar, bila sekarang kita seorang, dan bila berjaya, ada yang tumpang bahagia.
Dan ini untuk 2010. 2008-2009 ada cerita lain. Aku naik dan jatuh gedebuk pasal apa orang kata, cinta. Aku parah, hilang ingatan apa makna itu. Dan 2010, muncul kembali dan bikin aku gila.
Ada kejayaan besar aku pada 2009 tapi aku gagal untuk pertahankan. Kerana aku penat. Lalu aku ambil keputusan buta tuli jadi kuli.
Tahun 2010, sekali lagi aku bangun, dengan semangat baru. Aku mahu jadi yang terbaik. Aku mau buktikan 'aku lebih baik dari kau' kelak untuk dia tau, selama ini aku bikin kerja kerana dia. walau dia tak mahu tau, biarkan!
Oh, kadang kadang kita menulis sambil air mata mengalir tanpa sebab.
Haha, gua perlu tukang lap air mata.
Ok, aku akan berhenti tulis diruang ini. Kerana, bukan boleh diceritakan dekat sini.
Ya, lebih baik berdiam diri dari beritahu kepada semua orang
*apa yang gua lalui sekarang pernah berlaku sebelum ini.
Selamat malam
Thursday, April 22, 2010
Perasaan
Apa yang kita mahu tidak seperti yang dijangka.
Tapi,
Serikali,
Perkara yang tidak dijangka, melepasi kemahuan.
________
Malam makin sunyi,
Tidak seperti dulu,
Kini cengkerik menghilang,
Entah kemana,
Barangkali khianati janji.
Janji pada bulan, bintang dan malam,
Akan sentiasa berbunyi selagi bernyawa.
Tapi,
Entah kemana pergi,
Janji atau nyawa.
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, February 24, 2010
Politik
Ditugaskan bertemu dengan mereka yang rasakan diri mereka terasing tadi.
Oh, rasa satu bebanan yang sangat besar. Mencatit satu persatu dengan sabar, tabah.
Walau mau melenting kerana fikirkan masalah mereka temeh, tapi aku teringat kata-kata ini 'jangan pandang enteng masalah rakyat'
Dan mereka adalah suara suara kecil dari jutaan yang lain.
Petang tadi bertemu dengan seorang ahli seni yang mengajar aku tetang hidup.
Ahli seni adalah satu khalifah Allah yang menyimpan banyak yang tersirat.
Esok, jika kesempatan aku cerita. Sudah lewat, mau luang masa kepada ruang rindu.
Selamat Malam.
Sent via BlackBerry from Maxis
Sunday, February 21, 2010
Saturday, February 20, 2010
Pagi Indah
Semua berharap akan lalui pagi yang indah. Betul kan?
- Dapat morning kiss dari yang tersayang.
- Dapat wakeup call
- Dapat SMS yang sweet
- Dapat sarapan yang baik
- Dapat pelukan pemanas
- Dapat bunga
- Dapat harapan
Dan apa saja yang bahagia.
Mungkin, jika berseorang, kita mungkin boleh tidur dengan cermin, supaya apa yang kita nak kita akan dapat.
Buat sendiri, pandang cermin, dan kita akan dapat balik.
Ok saya merepek dipagi hari
:')
Good Morning,semua!
Sent via BlackBerry from Maxis
Sekali lagi, kita bermimpi
Sekali lagi kita bertemu, bantal, selimut, cengkerik, dan mimpi.
Mood: Sakit perut, terlalu penuh, daging kambing terlalu banyak dimakan.
Ah, aku benci kadang-kadang kawan yang cuba jadi tuan, kamon, nilai persahabatan aku lebih mahal dari bayaran makanan yang kau belanja aku.
Hmm. Esok, aku ketemu dia, kadang-kadang bukan semua perasaan yang boleh diluahkan! Biarkan ia terus dipendam.
Selamat Malam
Sent via BlackBerry from Maxis
Friday, February 19, 2010
Sekejap
Sekejap masa berlalu, rasa seperti seminit lalu - aku bangun dari tidur, mandi dan naik monorail ke pejabat.
Dan aku hadapi realiti, selepas 6 jam telah berlalu ketika keluar dari rumah, aku di KLSentral menunggu Train untuk ke Bangsar!
Hidup sungguh laju!
Sent via BlackBerry from Maxis