Monday, October 29, 2012


Aku pandang jendela, nampak seluruh Pulau Pinang.

Di tempat inilah, tempat yang aku idam untuk diami, satu hari nanti apabila tua.

Bandar, Laut, Kemodenan, Tradisi, Makanan, Hijau.

Atok - katanya, asal dari sini.

Tapi, tak ada sejengkal tanah miliknya disini. Sebab beliau tinggalkan negeri ini, waktu itu, dia tak patah kembali, tuntut sebarang harta, dibiarkan sahaja dan merantau jauh ke Singapura.

Bukan itu pun yang aku fikirkan.

Lagi aku pandang Pulau Pinang dari jendela hotel aku, tingkat 10 - paling atas, Penang Road.

Aku rindu tempat ini. Berapa tahun lalu, sering kesini. Atas sebab kerja, waktu berjalan terhad. Kali ini, aku hayati segala udara tanpa alasan kerja. Aku terokai bandar ini, aku lihat satu persatu keunikan kota ini.

Makin lama makin kuat suka aku disini.

Kekasih aku, yang aku idami, asal di sini.

Dia pergi bawa diri - mungkin sudah ada teman baru. Tapi aku tetap anggapnya kekasih, hingga aku ada pengganti.

Sering kali setiap tapak yang aku langkah di kota ini, aku berharap akan berselisih denganya, walau terserempak, agar aku dapat hilang sedikit rindu dalam hati.

Ternyata kunci rindu aku pada tempat ini, hanyalah pada dirinya.

Wednesday, October 3, 2012

Nota hari lahir


Kehadapan diriku,
Hari ini kamu tepat pada usia  25,
Kamu meningkat dewasa
Namun kamu insan kecil di dunia.

Begitu cepat gantinya masa
Sering kamu terluka
Tentang apa yang kamu cinta
Kerana kamu tidak perduli tentang rasa
Perasaan dan fikiran manusia sekitar

Pada usia ini apa yang kamu berjaya
Selain kekosongan hati kamu ada kecewa
Tidak perduli kata hati
Mahu apa saja dihajati
Tidak mahu kecewa
Tapi sendiri yang merana

Wahai diri,
Aku sendiri rasa sedih
Tentang apa yang kita hadapi
Selama ini
Kita tidak pernah terfikir
Tetang responsibiliti
Bukan hanya pada diri
Pada sekeliling

Pada hari ini
Kita perlu berjanji
Untuk kecapi
Segala yang dihajati
Tanpa melukakan diri
Dan sekeliling.

Lembutkan hati
Rendahkan diri
Tunduk pada duniawi
Dekati pada ilahi
Selamat hari jadi

Syafiq
KLM - Jakarta - Kuala Lumpur
02102012.