Monday, December 24, 2012

For man, means, you gotta have the right "HER" to be a "HERO"

21 Feb 2010, 2100
Cik Yana,
Saya seorang lelaki, saya mau jadi seorang hero.
Dan seorang hero perlu ada 'seseorang' itu realisasikan impian tu.
Sudi awak jadi GF saya?
Please.
Sent via BlackBerry from Maxis

'Sempurna'

20 Feb 2010, 1340
Dalam hidup, kita harus menerima bahawa tida semua perkara adalah kekal dan ada.
Kita perlu menerima apa saja yang akan dihadapi, walau berat atau tangisan, harus redha.
Kebahagiaan tidak kekal, kadang kala wujud sesaat, sejam, sehari, setahun atau hingga salah seorang antara kita mati.
Dan mungkin akan tinggal, rasa cinta, perasaan rindu serta kenangan.
Setiap perpisahan, adalah penentu sejauh mana kesetiaan kita.
Dan setiap itu, kita harap dia kembali.
:)
Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, December 22, 2012

Gugup

berat mulutku mahu bicara,
gagap segala apa yang mahu dikata,
apabila kamu di depan mata,
hinggaku membisu begitu lama,
kerana di hati hanya ada satu rasa,
dan tidak bisa diterjemah dengan kata
kerana itu adalah cinta.

Thursday, December 20, 2012

20122012

Lelaki yang mabuk
Gelak sambik duduk
Sembunyi rasa kecewa
Melupakan duka
Walau hati sengsara
Dan Jiwa tidak jujur
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, December 19, 2012

Gadis senyum beri pulut

Gua termenung jauh, kopi yang gua minum baru dua teguk, masa yang gua buang dah dua jam.

Gadis ini, gua kenali beberapa bulan, tapi dalam minggu ini kami rapat.

Rapat sangat. Ada kawan kata kami pasangan.

Gua - Ok.

Tapi dia bagaimana?

Gua tak boleh baca perasaan orang, betul, macam dia tak boleh baca perasaan gua.

Satu hari dia kata kat gua,
"You boleh ngorat I"

Hari berikutnya,
"You suka I?"

Tu tempoh singkat.

Dan dia kata pada gua, "I love you" tu pun pada kami sedang ... Hmmm.. Lupakan.

Ok, gua main hati dan hati main gua balik.

Tiba-tiba dia hantar mesej panjang, entah apa sebabnya, minta berkawan dulu.

Gua ok.

Tak sebenarnya.

Tapi,
Barangkali;

Dia boleh beri body tapi bukan hati

Ok, kita teruskan pencarian.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Sunday, December 16, 2012

Lelaki yang terduduk di tangga
Banggunan lama,
Mempersoalkan zalimnya tuhan;
Terhadapnya.
Tanpa pernah memikirkan,
Lupanya pada agama.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Wednesday, December 5, 2012

disember

Untuk awak yang saya cintai:
terlalu banyak gadis yang telah saya jumpai,
namun, 
tidak semestinya mereka yang saya cintai.
dan hanya kepada awak,
saya berjanji
dan akan kotai.

moga allah permudahkan urusan jodoh kita.