Friday, July 22, 2011

I

I

Ini cerita lama. Waktu itu, gua tiada kekasih. Gua berkawan rapat dengan salah seorang. Biar gua kenalkan namanya Sarah.

Gua kenal Sarah melalui kawan gua. Masa itu Sarah ada masalah hubungan dengan BF dia. Gua, gua mahu berkawan, tapi mengikut kecantikan dia yang tinggi lampai, kalau ada jodoh, jadi GF pun gua tak kisah.

Sarah bukan sahaja ada masalah dengan BF. Malah kerja dan hidup dia.

Satu hari, dia call aku. 

"I dah kena buang kerja," kata dia dalam keadaan sebak.

Dalam hati gua, gua terfikir apa perlu gua lakukan. 

"OK. You relax," cakap gua.

Dia jawab pantas, "I ontheway ke rumah you. OK Bye"

Tanpa gua jawab dia dah letak.

Gua kemas rumah. Tunggu dia. Kurang-kurang 20 minit dia sampai dekat Guard House, gua pandang dari atas, cepat-cepat gua call.

"Hello. You jangan naik, I lapar. Kita pergi makan," kata gua.
"hmm.." dia macam mengeluh.
"Please." kata gua.
"ok cepat." kata dia.

Gua belanja makan sushi, kemudian tonton wayang. 

Dua wayang kita tonton.

Sampai lewat malam.

Kemudian bila lewat, dia malas memandu, katanya. Dia pening. Dan mahu tidur.

Gua ambil telefon, tekan nombor Din.

"You call sapa," Sarah tanya.
"Din," kata gua.
"Why," tanya dia lagi.
"I mintak Din drive you sampai Klang," kata aku.
"Letak telefon sekarang!" Tengking dia.

Gua letak telefon.

Dia diam seminit.

Sambil mengeluh dia jawab "Its ok, i boleh balik rumah."

Gua selamba turun kereta dan kata "Takecare."

Gua pandang dia memandu laju hingga hilang dari pandangan gua. Dua langkah gua lepasi Guard House satu sms masuk.

"You bodoh" - Sarah. 

Gua gelak riang.

Saturday, July 2, 2011

Hidup Kena Kongsi Gembira

Pendapatan gua semakin bertambah. Tapi kerja makin banyak - gua ok. Gua tak kisah, asal kita enjoy.

Tengah bulan ini, gua satu keluarga pergi bercuti. Ke Singapura - satu keluarga, untuk pertama kali dalam beberapa tahun. Gua, gembira.

Tapi disebalik kegembiraan gua, gua tak mahu bikin orang rasa susah hati dan tidak berkongsi rasa gembira ini. Gua tidak mahu jadi seperti orang lain, walau satu keluarga besar - tapi dia hanya tengok orang lain gembira.

Biar rasa gembira kita dikongsi sedikit oleh orang lain. Cukuplah walau sedikit.

Ada makcik datang pejabat, mahu mintak bantuan. Walau seorang tua india, dia manusia. Seperti biasa aku beri beras dan gula. Dan usia dia, tidak mampu untuk memegang keberatan beras dan gula berkenaan.

Dia berjalan kaki jauh dari tempat hentian bus. Aku kesian, aku teman beliau ke tepi jalan besar dan menahan teksi.

Sebuah teksi yang dipandu cina berhenti. Sebelum membuka pintu, makcik itu berkata, "Saya tiada wang." Aku senyum dan buka pintu teksi berkenaan.

"Uncle mahu pergi Setapak Ayer Panas berapa?" Tanya aku.

"Saya pakai meter, saya tak tahu" kata pemandu teksi tu.

"Ok, ini wang RM10. Berhenti Setapak sana. Ini wang mesti ada lebih. Kasi ini aunty," kata aku.

Pemandu teksi tu pandang wang dan cermin. Dia tanya aku, "ini you punya wang ka?"

Aku senyum dan kata, "ya."

"Ok ini macam, lu simpan ini wang. Saya kasi free," kata pakcik tu.

Gua senyum dan gua ucap terima kasih banyak kali.

Sebelum gua tutup pintu, gua serah wang RM10 tadi kepada makcik tadi.

Gua tak ingin pembalasan, gua hanya mahu dia gembira.

Dan bila gua pulang, gua salam makcik gua yang sedang hadapi bencana hidup. Keluarga dia ditimpa daif dan dugaan. Makcik gua makin kurus dan cengkung.

Dalam salam itu, terselit wang kertas.

"Ini untuk acik, abang kasi untuk belanja bantu hidup," kata aku dan terus pergi.

Dia ucap terima kasih, dari jauh aku toleh kebelakang dan lihat dia kesat air mata.

Orang gembira sambil nangis.

Dan itulah hidup. Kita hidup kena gembira, tapi jangan biar orang terluka. Dan kita kalau terluka, harus juga bikin orang gembira.

:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 9, 2011

Gua ok

Jam pukul 10malam. Jumaat malam sabtu. Seperti biasa, Kuala Lumpur belum agak meriah. Gua cuci mata dengan sekadar meminum jus oren. Yang lain, baru memulakan tegukan air gandum.

"Ok, gua nak blah," kata gua kepada seorang rakan gua.

"Eh relax la. Kau nak balik macam mana? Aku hantarla nanti?" Kata rakan gua, seorang peguam yang ada pemandu.

"Eh, tak, my friend dah tunggu. Dekat depan KFC tu." Kata aku.

"Awek la tuh," kata kawan lain.

"Tak kawan aku. Aku nak terus balik," kata aku.

"Eleh dia ada plan lain tu," kata peguam tu.

Aku salam mereka dan meletakan wang RM20 diatas meja.

Aku jalan kaki, masuk kereta.

"Sorry Din, lambat sikit. Thanks ambil aku."Kata aku kat Din.

"No hal lah, aku pun nak ontheway balik rumah, apa salah tumpangkan kau, satu jalan." Kata Din.

--

Reputasi lama kita terus melekat pada diri kita, walau kita bukan pada hari semalam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 25, 2011

Untuk Tuhan

Dalam doaku di setiap lima waktu ku, tidak pernah ku berhenti bersyukur padamu, Ya Tuhanku.

Ya Tuhan,
Cintaku padamu kini tiada tandingan. Syukur dengan apa yang kau uji bikin diriku lebih dekat padamu.

Tapi Ya Tuhan,
Hidup aku yang kau sering duga ini perlu sesuatu yang lebih utama.

Aku merayu.
Dan dalam setiap doaku, seperti yang Kau tau,
Aku mahu seseorang yang membahagiakan aku, mencintai aku dan menyayangi aku.

Berilah dia semula padaku,
Ya Tuhan......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 23, 2011

Sabar. Sabar. Sabar

Sampai bila?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 14, 2011

Lagu

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


Aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

Meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Boleh saya bercakap dengan awak?

Hi blog,
Boleh saya bercakap dengan awak?

Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan kerja, politik, masyarakat, keluarga dan rakan-rakan.

Dalam seminggu hanya beberapa kali saya pulang ke rumah seawal 10malam. Yang lain, 1 atau 3 pagi.

Saya terpaksa buat sibuk untuk semua ini.

Apabila waktu terluang, saya akan ke tempat ramai orang. Untuk saya sembunyi rasa sunyi saya. Saya akan ditengah manusia yang ramai di tempat makan. Di tengah manusia di dalam LRT dan di tengah-tengah antara manusia yang bercinta dan berpelukan di dalam panggung wayang.

Ya diantara mereka, saya seorang diri.

Bayangkan blog, saya terpaksa sembunyikan rasa ini. Saya perlu bercakap sekarang ini blog, tapi dengan siapa?

Saya nak cakap bahawa saya rasa rindu pada seseorang.

Jiwa dan rasa cinta saya pada seseorang itu sukar ditukar ganti.

Kan best kalau perasaan rindu tu boleh ditukar ganti macam kita tukar baju?

Kalau rindu itu boleh diganti semudah membeli ikan dipasar, mungkin saya sanggup membelinya.

Tapi ia sukar. Walau ada yang mahu mengganti, tapi saya tinggalkan. Kerana pada diri saya, dia adalah yang terutama.

Kerana dia satunya wanita yang bikin saya begini.

Terima kasih kerana mendengar blog.
:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 9, 2011

Hidup

Semenjak aku kecil, aku percaya akan sesuatu;

Setiap yang terjadi ada hikmah.

Apa yang tak pernah aku lalui semenjak kecil? Semenjak lahir?

Semua aku pernah lalui.

Dan apabila aku diuji satu persatu. Aku akan tersenyum bukan riang, ketawa bukan gembira.

Senyum dan ketawa aku adalah permulaan sesuatu yang baru.

Dan bila dewasa, aku tambah sesuatu pegangan yang baru;

Dunia belum kiamat, esok pasti ada.

Selamat Malam!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, March 15, 2011

bila orang tak sudi,
biarlah dia pergi,
tak perlulah dirayu lagi,
biarlah semua terhenti
kerana kita sudah mengerti
dia tidak ada hati
pada kita yang pernah berbudi
dan apa yang kita beri.

Thursday, March 10, 2011

sembah bintang

bintang bintang bersinarlah
cerahilah malam ni dengan dengan kebahagian

hilangkanlah semua duka
hati manusia yang lara
hilangkalah sengsara
manusia yang sedang luka

hingga semua manusia
bisa bergembira.

Bintang bintang bersinarlah
hingga subuh tiba
matahari menjelma
dan kita semua
kembali seperti sediakala
untuk sedia diluka
oleh jiwa jiwa yang sedia ada.