Hi blog,
Boleh saya bercakap dengan awak?
Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan kerja, politik, masyarakat, keluarga dan rakan-rakan.
Dalam seminggu hanya beberapa kali saya pulang ke rumah seawal 10malam. Yang lain, 1 atau 3 pagi.
Saya terpaksa buat sibuk untuk semua ini.
Apabila waktu terluang, saya akan ke tempat ramai orang. Untuk saya sembunyi rasa sunyi saya. Saya akan ditengah manusia yang ramai di tempat makan. Di tengah manusia di dalam LRT dan di tengah-tengah antara manusia yang bercinta dan berpelukan di dalam panggung wayang.
Ya diantara mereka, saya seorang diri.
Bayangkan blog, saya terpaksa sembunyikan rasa ini. Saya perlu bercakap sekarang ini blog, tapi dengan siapa?
Saya nak cakap bahawa saya rasa rindu pada seseorang.
Jiwa dan rasa cinta saya pada seseorang itu sukar ditukar ganti.
Kan best kalau perasaan rindu tu boleh ditukar ganti macam kita tukar baju?
Kalau rindu itu boleh diganti semudah membeli ikan dipasar, mungkin saya sanggup membelinya.
Tapi ia sukar. Walau ada yang mahu mengganti, tapi saya tinggalkan. Kerana pada diri saya, dia adalah yang terutama.
Kerana dia satunya wanita yang bikin saya begini.
Terima kasih kerana mendengar blog.
:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone