Friday, July 22, 2011
I
Saturday, July 2, 2011
Hidup Kena Kongsi Gembira
Tengah bulan ini, gua satu keluarga pergi bercuti. Ke Singapura - satu keluarga, untuk pertama kali dalam beberapa tahun. Gua, gembira.
Tapi disebalik kegembiraan gua, gua tak mahu bikin orang rasa susah hati dan tidak berkongsi rasa gembira ini. Gua tidak mahu jadi seperti orang lain, walau satu keluarga besar - tapi dia hanya tengok orang lain gembira.
Biar rasa gembira kita dikongsi sedikit oleh orang lain. Cukuplah walau sedikit.
Ada makcik datang pejabat, mahu mintak bantuan. Walau seorang tua india, dia manusia. Seperti biasa aku beri beras dan gula. Dan usia dia, tidak mampu untuk memegang keberatan beras dan gula berkenaan.
Dia berjalan kaki jauh dari tempat hentian bus. Aku kesian, aku teman beliau ke tepi jalan besar dan menahan teksi.
Sebuah teksi yang dipandu cina berhenti. Sebelum membuka pintu, makcik itu berkata, "Saya tiada wang." Aku senyum dan buka pintu teksi berkenaan.
"Uncle mahu pergi Setapak Ayer Panas berapa?" Tanya aku.
"Saya pakai meter, saya tak tahu" kata pemandu teksi tu.
"Ok, ini wang RM10. Berhenti Setapak sana. Ini wang mesti ada lebih. Kasi ini aunty," kata aku.
Pemandu teksi tu pandang wang dan cermin. Dia tanya aku, "ini you punya wang ka?"
Aku senyum dan kata, "ya."
"Ok ini macam, lu simpan ini wang. Saya kasi free," kata pakcik tu.
Gua senyum dan gua ucap terima kasih banyak kali.
Sebelum gua tutup pintu, gua serah wang RM10 tadi kepada makcik tadi.
Gua tak ingin pembalasan, gua hanya mahu dia gembira.
Dan bila gua pulang, gua salam makcik gua yang sedang hadapi bencana hidup. Keluarga dia ditimpa daif dan dugaan. Makcik gua makin kurus dan cengkung.
Dalam salam itu, terselit wang kertas.
"Ini untuk acik, abang kasi untuk belanja bantu hidup," kata aku dan terus pergi.
Dia ucap terima kasih, dari jauh aku toleh kebelakang dan lihat dia kesat air mata.
Orang gembira sambil nangis.
Dan itulah hidup. Kita hidup kena gembira, tapi jangan biar orang terluka. Dan kita kalau terluka, harus juga bikin orang gembira.
:)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone