Nota Dari Editor.
Pagi ini aku dapat email dari editor. Antara isi kandunganya; please submit before 01 June.
Hari ini, 02 Jun 2010. Mungkin katanya perlu hantar sebelum 01 June 2011. Aku senyum. Ini perkara biasa. Kejar atau kena tinggal tarikh.
Sampai sekarang aku masih belum pandai bezakan, deathline atau dateline. Atau bunyi antara dua ni sama?
Tapi aku rasa 'death or date' line ni adalah benda yang menyusahkan aku. Sebabnya, sebelum sampai 'line', maksud aku beberapa hari sebelumya, telefon/email aku akan sibuk.
Dari sub editor, editor dan kadangkala tukang cari kesalahan ejaan pun sibuk ganggu aku.
Aku kembali ke tugasan menulis sepenuh masa. Buat masa ni, khidmat aku digunakan oleh dua editorial. Kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. Kalau tak kais tak makan.
Dalam keadaan aku sekarang, selepas aku keluar dari rumah keluarga, hidup aku serba tak kena. Yala. Aku mula kembali hidup aku sebagai anak jawa-bugis yang indipenden.
Hidup ada naik turun. Ya, banyak benda aku lepaskan demi kejar sesuatu. Tapi yang aku kejar tu terus berlari tanpa menoleh siapa yang mengejar.
Tu silap aku, fokus untuk mengejar. Sehingga tercicir pelbagai peluang.
Dan bila yang da dapat apa yang dikejar, ianya tidak seperti dan seindah yang dikejar dahulu. Aku perlu kerja lebih keras untuk menunggu.
Ya, kadang-kala penat, tapi apa daya, ini jalan yang aku pilih.
Soal kerja.
Bila aku mula, aku akan terus. Ya terus, aku tak berhenti kalau gagal. Aku akan terus. Aku akan sabar. Walau seorang diri aku harus cekal.
Kerana apa yang aku belajar, bila sekarang kita seorang, dan bila berjaya, ada yang tumpang bahagia.
Dan ini untuk 2010. 2008-2009 ada cerita lain. Aku naik dan jatuh gedebuk pasal apa orang kata, cinta. Aku parah, hilang ingatan apa makna itu. Dan 2010, muncul kembali dan bikin aku gila.
Ada kejayaan besar aku pada 2009 tapi aku gagal untuk pertahankan. Kerana aku penat. Lalu aku ambil keputusan buta tuli jadi kuli.
Tahun 2010, sekali lagi aku bangun, dengan semangat baru. Aku mahu jadi yang terbaik. Aku mau buktikan 'aku lebih baik dari kau' kelak untuk dia tau, selama ini aku bikin kerja kerana dia. walau dia tak mahu tau, biarkan!
Oh, kadang kadang kita menulis sambil air mata mengalir tanpa sebab.
Haha, gua perlu tukang lap air mata.
Ok, aku akan berhenti tulis diruang ini. Kerana, bukan boleh diceritakan dekat sini.
Ya, lebih baik berdiam diri dari beritahu kepada semua orang
*apa yang gua lalui sekarang pernah berlaku sebelum ini.
Selamat malam