Sementara kamu di sini,
Berilah aku secebis peluang,
Untuk aku mencuri hati,
Kerana diriku mempunyai ruang,
Untuk kamu dalam diri ini.
Sementara kamu di sini,
Biarkan aku meluahkan
Apa yang aku ingini
Padamu yang ku sayangi.
Sementara kamu di sini,
Kamu perlu mengerti
Sejak awal aku sudah jatuh hati
Pada kamu wahai dewi
Yang tidak pernah aku kenali
Namun mahu aku dekati
Hingga hujung hayat nanti
Sementara kamu di sini
Biarkan aku sering ucap jangan pergi
Kerana aku benci akan merindui
Kerana aku tidak pasti
Bila kau akan kembali
Sementara kamu di sini,
Biarlah rasa cinta ini kekal di sini.